ads

Jumaat, 28 Jun 2019


PENGENALAN

Bumbung ialah bahagian atas sekali bagi satu struktur bangunan. Bumbung memberi perlindungan dari angin, panas dan hujan.

Bumbung ialah satu struktur berbentuk rata atau curam yang dibina bagi melindungi bangunan. Struktur bumbung dibina daripada kayu, keluli atau konkrit untuk menanggung beban diri, beban penutup bumbung dan beban angin. 
Bumbung yang dibina hendaklah memenuhi keperluan dan fungsi seperti kestabilan, kekuatan, ketahanlasakan, rintangan cuaca, rintangan terhadap kebakaran, sifat penebat haba, dan rupa bentuk bangunan itu sendiri. 
Bumbung dibina bagi menyokong beban mati struktur bumbung dan penutupnya, penebatan dan kemasan dalam dan beban angin tanpa mengalami lenturan atau pesonga yang berlebihan sehingga berlaku ubah bentuk. 
Kekuatan bumbung untuk menanggung beban bergantung pada ciri-ciri bahan binaan yang digunakan, cara pemasangan dan pembinaannya serta bentuk bumbung itu sendiri.
Bumbung bangunan hendaklah menggunakan penutup bumbung yang ditentukan oleh Undang-Undang kecil Bangunan untuk memastikan ia mempunyai rintangan yang cukup terhadap kebakaran. 
Rupa bentuk bumbung mempengaruhi rupa bangunan sama ada dari segi bentuk bumbung ataupun warna dan tekstur bahan penutup bahan itu sendiri.
Bumbung tradisional boleh dibahagikan kepada tiga jenis struktur utama:
Ø Bumbung tunggal.
Ø Bumbung berganda.
Ø Bumbung kekuda.

Kaedah pembinaan moden pula adalah suatu kaedah yang menggunakan jenis struktur bumbung yang lain dan ia dikenali sebagai bumbung kekuda kasau.

Bumbung tunggal

Kasau untuk bumbung tunggal tidak memerlukan sebarang sokongan pertengahan. Bumbung jenis ini mempunyai beberapa batasan. Ia hanya boleh digunakan untuk rentang yang kecil. Jika kita memerlukan rentang yang lebih besar, kita perlukan bahagian bumbung yang lebih besar untuk kasau tersebut.

Jika rentang yang lebih besar diperlukan, bahagian bumbung lebih besar akan diperlukan. Jika kaki pada kasau bumbung tidak terikat antara satu dengan yang lain melalui kaedah bahan pengikat ataupun gelegar bumbung, maka jenis bumbung akan mempunyai kecondongan untuk menolak tembok sokongan keluar pada bahagian atas dan akan mengakibatkan kegagalan pada struktur tembok.

Bumbung tunggal ini mempunyai 3 kategori:
Ø Couple roof
Ø Collar roof
Ø Closed couple roof

Rangka Tangga
Cucur Atap
Bumbung berganda

Bumbung berganda merupakan bumbung yang kasaunya adalah seperti panjang di mana ia memerlukan sokongan pertengahan. Sokongan ini merupakan satu rasuk yang dicagarkan ke dalam kasau pada titik separuh jalan antara rabung dan plat dinding. Rasuk ini dikenali sebagai purlin.

Pada gables bumbung, purlin yang dibina ke dalam dinding gable adalah untuk memberikan sokongan tambahan pada bumbung. Dalam bumbung berganda, purlin telah ditetapkan untuk kasau pada panjang yang berterusan, ia bercantum pada setiap sudut dalaman dan luaran bumbung.
Pemasangan struktur adalah penting untuk bumbung supaya bumbung lebih kukuh. Biasanya kita akan memasang bahagian-bahagian struktur bumbung yang hendak dipasangkan. Bahagian-Bahagian struktur bumbung yang terlibat adalah seperti berikut :
Rasuk/ beams
Kasau/ rafters
Lajur/ column
Sheating/ pelapis
Purlin
Perabung/ ridge vent

Kita perlu mengenal pasti terlebih dahulu bahagian -bahagian struktur bumbung yang perlu dipasang pada bumbung.

Dalam pembinaan bumbung tradisional bumbung mungkin juga memerlukan sokongan tambahan dalam bentuk kekuda bumbung. Ini bergantung pada saiz bumbung dan jenis bumbung yang akan menyokong bumbung dengan kukuh.

Dalam pembinaan bumbung berganda yang moden pula, dalam moden pembinaan bumbung berganda, seluruh bumbung dibina daripada kekuda bumbung ringan yang dikenali sebagai kasau 
Kasau
Struktur bumbung terdiri daripada komponen yang telah digabung. Ini termasuk papan rabung dan kasau, atau kekuda. Berat yang ditanggungnya termasuklah bahan pelapis, bahan bumbung, peralatan mengikat bumbung serta air hujan. Kasau yang rosak boleh dibaiki menggunakan kaedah"kuping dan topang". Hanya perlu mengikat sekeping papan lurus 2 x 6 untuk kasau itu. 

Kuping mesti merangkumi papan pada kedua-dua belah bahagian dan dipasang dengan kukuh ke dalam bahagian-bahagian kasau. Jangan menggunakan paku sebaliknya kita perlu menggunakan 3 - 4 inci skru. Buat kuping yang sama saiz seperti kasau yang asal. Masukkan skru secara zigzag, ini yang akan dapat memberi kekuatan tambahan kepada kasau. Masukkan tetulang tambahan dengan mendapatkan topang sokongan yang tegak pada kedua-dua belah kasau yang patah. Mengikat topang gelegar siling di bawah dengan kemas.

Rasuk

Pasang rasuk sokongan sementara sebelum mengeluarkan rasuk yang rosak. Letakkan blok kayu di bawah kasau berhampiran dengan rasuk bumbung. Buat rasuk sementara dengan pengancing, pasangkan papan lurus 2x6 berserta dengan papan scab.                     


Setiap 2x6 mesti merangkumi panjang rasuk asal. Pasangkan 2x6 rasuk yang sementara ke dalam blok. Bolkan bumbung dengan tiang 4x4. Letakkan tiang pada bawah setiap kasau serta meletakkan tiang pada tempat dengan bicu botol, keluarkan rasuk yang telah rosak. Jek atas bumbung sehingga cukup untuk memasang rasuk baru                                               

Lajur
Gunakan tiang 4x4 sebagai topang sementara untuk menyokong rasuk berhampiran dengan tempat di mana ia akan mengeluarkan atau membaiki tiang atau lajur. 

Pasangkan rasuk sokongan dari lajur itu serta keluarkannya. Ia mungkin perlu menaikkan/ meninggikan bumbung untuk mengeluarkan lajur tersebut. Letakkan rasuk baru yang menggantikan rasuk yang lama.

Pelapis
Tandakan kawasan yang perlu dikeluarkan. Gunakan salingan gergaji untuk memotong pelapis bumbung yang telah rosak. Periksa kasau untuk menentukan keadaannya serta memperbaikinya jika perlu. Gantikan pelapis dengan bahan yang sama dengan ketebalan yang sama. 

Ini akan memastikan bahawa bumbung tersebut mempunyai keseragaman. Pasangkan papan yang berukuran sama dengan kasau di bahagian tepi bumbung untuk memberi sokongan padu untuk memaku pada sekeping pelapis baru. 





JENIS-JENIS BUMBUNG
BUMBUNG

Bumbung ialah bahagian atas sekali bagi satu struktur bangunan. Bumbung memberi perlindungan dari angin, panas dan hujan. Bumbung ialah satu struktur berbentuk rata atau curam yang dibina bagi melindungi bangunan. Struktur bumbung dibina daripada kayu, keluli atau konkrit untuk menanggung beban diri, beban penutup bumbung dan beban angin.

Bumbung yang dibina hendaklah memenuhi keperluan dan fungsi seperti kestabilan, kekuatan, ketahanlasakan, rintangan cuaca, rintangan terhadap kebakaran, sifat penebat haba, dan rupa bentuk bangunan itu sendiri. Bumbung dibina bagi menyokong beban mati struktur bumbung dan penutupnya, penebatan dan kemasan dalam dan beban angin tanpa mengalami lenturan atau pesongan yang berlebihan sehingga berlaku ubah bentuk. Kekuatan bumbung untuk menanggung beban bergantung pada ciri-ciri bahan binaan yang digunakan, cara pemasangan dan pembinaannya serta bentuk bumbung itu sendiri.

Bumbung bangunan hendaklah menggunakan penutup bumbung yang ditentukan oleh Undang-Undang kecil Bangunan untuk memastikan ia mempunyai rintangan yang cukup terhadap kebakaran. Rupa bentuk bumbung mempengaruhi rupa bangunan sama ada dari segi bentuk bumbug ataupun warna dan tekstur bahan penutup bahan itu sendiri.


7.5.1 Pemilihan Jenis Bumbung

Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung ialah saiz dan bentuk bangunan, nilai estetika dan ekonomi.

·                     Saiz dan bentuk bangunan - bangunan yang berbentuk sederhana sesuai dibina dengan bumbung curam dan bangunan yang bentuknya kompleks sesuai menggunakan bumbung rata. Rentang juga boleh menentukan jenis bumbung yang dipilih.

·                     Nilai estetika - nilai keindahan semulajadi menentukan jenis bumbung. Biasanya bumbung curam adalah sesuai bagi bangunan kecil dan bumbung rata pula sesuai bagi bangunan yang besar.

·                     Ekonomi - kos pembinaan dan penyelenggaraan dari semasa ke semasa hendaklah di ambil kira dalam menentukan pemilihan jenis penutup bumbung. Sesetengah penutup bumbung seperti kepingan keluli berombak dan bergalvani tidak tahan lama dan kos penyelenggaraan hendaklah dimasukkan ke dalam pengiraan.









Bumbung Curam


Bumbung jenis ini dibuat dengan menegakkan kasau-kasau kayu dengan cerun dan meletakkan satu hujung ke atas dinding dan satu lagi ke atas  tulang bumbung. Bumbung ini merupakan satu bentuk yang menarik dipandang. Ia  membekalkan satu ruang udara yang bertindak sebagai penebat udara bagi bilik-bilik di bawahnya. Selain dari itu, ia boleh juga digunakan sebagai ruang untuk meletakkan tangki air. Cerun bumbung berubah-ubah dari sudut 10°-45° dari garis lintang.

Jenis-jenis bumbung curam.

i.                        Bumbung ganding (couple roof)
                                                   ii.                 Bumbung ganding tertutup (closed couple roof)
                                                 iii.                 Bumbung simpai (collar roof)
                                                 iv.                 Bumbung gulung-gulung (purlin roof)
                                                  v.                 Bumbung pisang sesikat (lean to roof).


Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong) DBP 1994


Bumbung Ganding

Bumbung curam yang mengandungi kasau dan tulang bumbung digandingkan di sebelah atasnya. Jenis ini biasanya digunakan untuk bangunan-bangunan kecil, di mana lebarnya tidak melebihi 4 meter. Kasau berpasangan dan kepala kasau dipakukan kepada plat dinding. Jika rentang terlalu besar beban dari penutup bumbung dan beban angin akan menyebabkan struktur bumbung berkuak dan dinding akan terbalik. Biasanya rentang maksima bagi bumbung ganding ialah 3.5 meter

Bumbung Ganding Terikat

Kaki kasau bumbung ini diikat dengan alang pengikat atau geleger siling. Dengan cara ini, beban kasau dapat diimbangi oleh alang pengikat dan ini dapat mengelakkan kaki kasau daripada berkuak dan dinding terbalik. Bumbung ini dapat menanggung beban yang lebih besar dengan rentang maksimum 5.5 meter. Dalam istilah lain, untuk mengekalkan kasau daripada mengembang keluar dan menolak dinding, perlulah diikat kaki kasau ini dengan menggunakan satu kayu panjang melintang yang dipanggil jeriau. Jeriau ini dipakukan ke kasau dan pelit tembok. 


BUMBUNG CURAM
Bumbung curam ialah bumbung yang mempunyai kecerunan melebihi 10° danbiasanya dibina bagi memudahkan air hujan mengalir. Bumbung curam berbentuk simetri denganpermukaanya mempunyai kecerunan yang sama dan condong kearah tulang perabung Bumbung curam didapati dalam pelbagai
bentuk, antaranya ialah :-
BUMBUNG TIBAR LAYAR
Bumbung Tibar Layar
Bumbung Limas
Bumbung Pisang Sesikat
Bumbung Pisang Sesikat


Bumbung jenis ini bukanlah satu bumbung yang penting bagi sesebuah bangunan tetapi merupakan sebahagian kecil sahaja. Bumbung ini adalah bumbung curam dan bahagian perabung bumbung tersandar kepada tembok dinding yang pugak. Bumbung ini adalah contoh mudah jenis bumbung selapis dengan satu dinding dibina lebih tingi daripada dinding yang bersetentang dan kasau direntangkan antara kedua-duanya.

Bumbung jenis ini adalah binaan tambahan kepada bangunan utama seperti anjung, dapur, verendah dan garaj dengan rentangnya tidak melebihi 2.5 meter. Ia boleh dibina secara tunggal atau berkembar. Bahagian atas kepala kasau dipasangkan kepala plat dinding yang disokong sama ada oleh sesangga bata atau pendakap sesangga keluli.

Selain itu boleh juga menggunakan membina masuk palam kayu ke dalam dinding pada jarak 750mm dari pusat ke pusat di sepanjang permukaan dinding. Plat dinding kemudian dipakukan atau diskrukan pada palam kayu tersebut. Plat dinding juga boleh dipakukan terus kepada dinding dengan menggunakan alat khas.

Bumbung Rata



Pembinaan sama dengan pembinaan lantai kayu. Jeriau kayu yang berukuran 50mm tebal dan lebarnya di antara 100mm–300mm, diletakkan menegak pada sisi masing-masing dengan jarak antara 375mm–450mm. Biasanya kayu akan mengecut akan ini mungkin mengakibatkan jeriau bengkok. Untuk mengelakkan ini, jermang digunakan ialah jermang insang pari.

Bumbung ini adalah bumbung yang mana kecerunannya tidak melebihi 10°. Cara yang paling mudah untuk membina bumbung ini ialah dengan melintangkan kayu atau konkrit dan dilapikkan dengan bahan yag kalis air seperti aspal. Dalam hal ini, papan kayu setebal 19mm digunakan untuk melapik bumbung rata, di mana di atasnya dilapikkan pula dengan aspal.


BAHAGIAN KERANGKA


Pertimbangkan struktur asas sistem bumbung khemah bumbung. Untuk melakukan ini, pertama kita mengambil sebuah rumah semata-mata abstrak yang dindingnya membentuk persegi, dan akan cuba untuk mencuba kepadanya bumbung. Jadi ia akan kelihatan seperti "klasik" bumbung hip pada abstrak diambil dari dinding rumah dalam bentuk persegi.Dalam konteks artikel ini, kita tidak berminat di bumbung dan dinding. Menyembunyikannya dari pandangan, untuk kekal "satu lawan satu" kerana, sebenarnya, pembinaan yang sistem bumbung. kemudian mempertimbangkan secara terperinci. Dinding yang tersembunyi dari pandangan, tetapi oleh mauerlat yang

(pos. 1). Ini adalah - satu rasuk yang kuat, yang tali pinggang dipasang pada akhir atas dinding - bahawa ia akan bersempadan semua kasau. Sebaliknya, sebagai contoh, bumbung Gable, mauerlat dalam kes ini harus berhati-hati bingkai tertutup disambung tegar - ini bergantung secara langsung kepada kekuatan dan kestabilan struktur kekuda keseluruhan.Dari sudut yang mauerlat ke atas ke arah pusat, untuk pemasangan rabung

(. 3 pos) Berkumpul rusuk piramid - peranan mereka beroperasi kasau 
(2 pos.). Ini - yang paling lama dan paling dimuatkan dengan bumbung yang lain, dan biasanya digunakan untuk membuat yang paling "berkuasa" kayu; ini akan diterangkan di bawah. Dalam rajah, piramid mereka sesuai dengan selang. Panjang bumbung pada garis yang sama seperti yang ditunjukkan oleh Dari pusat setiap sisi rabung kepada nod yang sama adalah bumbung pusat
(Pos. 4). Mereka menentukan ketinggian segitiga sama kaki setiap jalan. Dalam lukisan - adalah, sebagai contoh, selang. Dalam geometri untuk merujuk kepada elemen piramid mempunyai nama yang berasingan - apotem. Akhir sekali, dari setiap kasau di kedua-dua belah pihak untuk melanjutkan mauerlat kasau dipendekkan atau narozhniki
(pos. 5) disediakan dengan langkah tertentu. Bilangan mereka akan bergantung kepada dimensi keseluruhan keseluruhan sistem. Secara kebetulan, kerap agar tidak "beban" sebatian berpunca pedalaman menolak pemasangan kekuda pusat dan dipasang hanya dengan meletakkan mereka simetri dengan apotem.

RABUNG (PERABUNG)
·         Dipasang lurus merentangi kasau jantan
·         Kasau jantan dipaku pada bahagian rabung
·         Kasau jantan dalam keadaan curam dikedua bahagian bumbung



PLAT TEMBOK
·         Dipasang pada kedudukan yang rata di bahagian paling atas tembok
·         Sebagai pelapik bagi meletak dan memaku kasau jantan yang ditakuk
·         Kasau jantan ditakuk bahagian bawah untuk memperkukuhkan struktur bumbung



KASAU JANTAN
·         Kayu yang dipasang mengikut jarak  tertentu merentangi plat tembok secara selari
·         Sebagai penyebar bebanan dari bumbung , ke plat tembok , tembok , tiang , bahagian aras tanah

BEROTI
·         Dipasang pada bahagian atas kasau jantan
·         Bagi menerima atau menyokong bahan bumbung
·         Diperkukuhkan dengan paku

JERIAU
·         Sebagai pemegang untuk kedua dua kasau jantan
·         Agar tidak berubah kedudukan
·         Mengelakkan kasau jantan menolak bahagian tepi tembok



KEKUDA
·         Mengandungi gabungan kasau , tupang dan alang pengikat .
·         Dari jenis kayu , kelui dan sebagainya
·         Untuk merentangi ruang bukaan yang besar

PENGUAT SAMBUNGAN KEKUDA KAYU
Selain penggunaan paku atau skru
·         Plat bergigi
·         Gegelang pisah
·         Plat kekuda

PENUTUP BUMBUNG
·         Kesempurnaan bumbung terletak pada pemasangan penutupnya
·         Tanpa penutup , air mudah memasuki ruang bawahnya
·         Pelbagai bentuk mengikut kesesuaian dan binaan bumbung
·         Dibuat dari genting tanah liat , keluli , plastic

SILING

Proses pemasangan atau pembuatan reka bentuk plaster siling yang baik terdapat 3 bahagian. Tahap 1 ialah pemasangan rangka besi. Rangka besi ini merupakan tahap terpenting bagi pemasangan sesebuah siling. Kekuatan plaster siling bergantung kepada kekuatan rangka besi itu. Besi kerangka siling dengan jarak 2 kaki. Tahap 2 ialah pemasangan papan plaster siling (plaster ceiling board). Sebelum pemasangan plaster siling, penyambungan pendawaian elektrik perlu dilakukan terlebih dahulu. Terdapat beberapa jenis papan plaster siling dan kelebihannya ialah kalis air, bercorak dan ringan. Tahap 3, yang terakhir ialah memasang hiasan mengikut kehendak tuan punya rumah seperti memasang bentuk down ligh, cornece, dome, border, atau bunga tengah.
Cara memasang plaster siling
  • Sebelum memasang siling, terdapat kerangka zink bar untuk siling lepa bergantungi
  • Perlu siapkan wiring sebelum memasang siling lepai
  • Ketinggian siling haruslah melebihi 10 kaki dari lantai dan 10 kaki & kakidari slab lantai
  • Kekemasan untuk plastering ceilingi
ALAT PEMASANGAN BUMBUNG

SPIRIT LEVEL
·         Alat yang digunakan bagi menguji ketegakan dan kerataan


SESIKU L
·         Digunakan untuk mendapatkan atau mengukur ketepatan sudut 90 darjah


PITA PENGUKUR
·         Digunakan untuk tujuan pengukuran panjang
·         Unit yang digunakan ialah imperial (inchi dan kaki) dan juga metric (cm dan meter)

SILING..
Kerja pemasangan siling memakan masa lebih kurang 7 hari untuk disiapkan. Terdapat pelbagai jenis siling dan pilihan yang biasa dipilih ialah plaster siling (siling kapur). Terdapat berbagai-bagai jenis siling seperti plaster siling sahaja ( biasa di tandas ), cornice ( ruang bilik dan ruang tamu ), L-Box mesti ada light through ( biasa di ruang tamu dan bilik ), bitten ( biasa di cornice dan ingin menampakkan kemeriahan dalam ruang tamu ), bunga ( biasa di tengah-tengah kipas atau lampu hiasan ).
Harga siling ini mengikut jenis dan anggaran harga RM 2.80 kaki persegi. Proses pemasangan atau pembuatan reka bentuk plaster siling terdapat 3 bahagian :

·         Tahap 1 : pemasangan rangka besi. Rangka besi ini merupakan tahap terpenting bagi pemasangan sesebuah siling. Kekuatan plaster siling bergantung kepada kekuatan rangka besi itu. Besi kerangka siling dengan jarak 2 kaki.

·         Tahap 2 : pemasangan papan plaster siling (plaster ceiling board). Sebelum pemasangan plaster siling, penyambungan pendawaian elektrik perlu dilakukan terlebih dahulu. Terdapat beberapa jenis papan plaster siling dan kelebihannya ialah kalis air, bercorak dan ringan.

·         Tahap 3 :  memasang hiasan mengikut kehendak tuan punya rumah seperti memasang bentuk down ligh, cornece, dome, border, atau bunga tengah.

JENIS SILING.

SILING KAPUR(PLASTER)

SILING CORNICE













SILING L BOX



SILING BITTEN














SILING BUNGA